Monday, May 11, 2009

DI MANAKAH KITA?

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : 7 golongan yang akan mendapat perlindungan Allah S.W.T pada hari yang tiada perlindungan melainkan perlindungan Allah S.W.T pada hari akhirat nanti iaitu :

1-Pemimpin yang adil

2-Pemuda yang hidupnya sentiasa beribadat kepada Allah S.W.T

3-Seseorang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid

4-Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah S.W.T di mana mereka bertemu dan berpisah kerana Allah

5-Seorang lelaki yang dipujuk oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan cantik untuk berzina lalu dia menyatakan bahawa dia takutkan Allah

6-Seseorang yang bersedekah lalu dia sembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya

7-Seseorang yang mengingati Allah S.W.T dalam keadaan sunyi lalu menitislah air matanya

Comments :

1

salam..

Sebagai ingatan bersama..sekurang-kurangnya kita termasuk dalam salah satu golongan daripada 7 golongan yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W.

sama2lah kita berusaha menyucikan hati kita..

Abu Hawa' said...
on 

Post a Comment

Nasihat dan teguran anda amat dialu-alukan